Persediaan menghadapi bulan mulia - Ramadan al-Mubarak
Bulan mulia hampir menjelma. Tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan berpuasa. Tidak dilupakan juga akan zakat emas yg perlu dibayar mengikut harga yg ditetapkan oleh negeri2 di Malaysia jika sudah ckup syarat. tp perlukah emas2 yang anda ada dibayar zakatnya? ramai lagi yg tertanya2 akan zakat yg perlu dibayar kerana x tahu berapakah jumlah yg perlu dilunaskan.
Entri kali ini, saya ingin berkongsi ilmu dan maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta cara pengiraaannya.
Untuk pengetahuan umum, emas dan perak adalah termasuk dalam kategori logam berharga yagn wajib dizakatkan jika cukup haul dan nisab.
Haul : merujuk kepada tempoh masa simpanan emas iaitu setahun.
Nisab : merujuk kepada nilai berat simpanan emas
Umat Islam diwajibkan berzakat berdasarkan logam berharga ini dalam firman Allah S.W.T yg bermaksud
"Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka Jahannam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kami simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah apa yang kamu simpan dahulu"
(At-Taubah ; Ayat 34-35)
Zakat emas dikira dlm 2 keadaan yang berbeza yakni :
Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
Zakat emas yang dipakai
Zakat emas yang tidak dipakai(jongkong emas, syiling emas, dinar)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dlm tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib bagi umat Islan mengeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh : Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM 160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama satu haul(setahun). Pengiraannya adalah :
Jumlah zakat perlu dibayar = 2.5.% X RM 16,000 = RM 400.00
Zakat emas yang dipakai(barangan kemas & perhiasaan diri)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib baginya untuk membayar zakat. Tetapi, jika ia melebihi nilai 'uruf' (merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanit di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas semasa sahaja iaitu tidak termasuk batu permata(spt batu permata pada cincin atau loket rantai)
Contoh : Jika anda bermastautin di Wolayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. Kadar uruf berbeza bagi tiap2 negeri. Jika pemilik mempunyai emas seberat 250 gram, berat emas yang layak dizakatkan ialah
250 gram - 150 gram (uruf) = 100 gram
Zakat yang perlu dibayar = 2.5% X (100 gram X harga semasa)
(andaian harga emas semasa ialah RM 157.00)
= 2.5% x (100 gram x RM 157.00)
= RM 392.00
Nilai-nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia :
Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Perlis 170 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka RM 5000
Uruf emas bagi negeri Johor 850 gram
Uruf emas bagi negeri Negeri Sembilan 200 gram
Uruf emas bagi negeri Wilayah Persekutuan 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan 0 gram
Uruf emas bagi negeri Terengganu 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah RM 5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak 775 gram
Sumber : Laporan Kajian Penetapan Uruf Emas Pakai Negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008.
Soalan membangkit :
Soalan : Sekiranya saya mempunyai sejumlah emas yang telah digadaikan ke Ar-Rahn, perlukan sy membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu? Tidak wajib, kerana ia tidak sempurna milik.
Soalan : Adakah emas yang disimpan di dlm bank (safe deposit box) perlu dizakatkan? Ya, wajib dizakatkan kerana ia tergolong dlm emas yang disimpan.
Soalan : Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib bg sy membayar zakat bagi rantai emas yg digadaikan itu? Tidak wajib, kecuali setelas ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari yg ditebus dlm tempoh setahun.
Soalan : Ibu saya mempunyai emas yang cukup syarat untuk dizakatkan yakni cukup haul dan berat. tetapi beliau baru sahaja meninggal dunia. Siapakah yang bertanggungjawab menjelaskan zakat tersebut? Waris yang bertanggungjawab melunaskan bayaran menggunakan duit si mati sebelum kesemua harga peninggalannya di faraid.
Soalan : Saya mempunyai emas perhiasaan kepunyaan nenek, diwarisi dlm keluarga, wajibkah sy membayar zakat? Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan sekiranya cukup syarat.
Soalan : Saya mempunyai emas yg dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi setelah dicampurkan dengan emas yg digadai, cukup syarat untuk bayar zakat. Adakah wajib bg sy membayar zakat? Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yg digadai tidak sempurna milik.
Soalan : Bagaimana pula dengan perak? perlukah membayar zakat untuk logam berharga ini?
Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
Sama seperti emas, haul ialah setahun dan nisab perak pula sebanyak 200 dirham bersamaan dengan 595 gram ( 1 dirham = 2.975 gram)
Pengiraan : (berat perak dlm gram) x (harga perak semasa/gram) x 2.5%
Contoh : Anda menyimpan 1 kg perak 999. zakat perak yang wajib dibayar ialah :
2.5% x RM 4500(harga semasa 1kg perak) = RM 112.50
Kesimpulan : Membayar zakat ialah salah satu rukun Islam yang wajib dipatuhi oleh umat Islam yang telah cukup syarat. Ia merupakan salah satu bidang akidah yang melibatkan perbandingan dunia dan akhirat. Bukan sahaja mendapat kebaikan di dunia kerana menyimpan dinar dan dirham, malahan dapat membelanjakan harta pada jalan Allah yakni dengan berzakat. Dengan cara ini, insyaAllah dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T kerana rezeki ini semunya adalah milikNya.
No comments:
Post a Comment